Taman Seribu Bunga, Kedai Lampu, The Shore
pagi ni MIL nak blk awal, sebelum balik tu diorg ckp nak pergi tgk taman Seribu Bunga.
so pergi la dulu since dekat je dengan rumah kitorg,
xde apa sangat pon taman ni, bunga2 xbnyk la. yang ada pon bunga orkid, kaktus, ntah pokok2 hijau apa ntah,
yang penting xlawa la, xmcm taman bunga, kalo ada petunia ke ros jepun ke vinca ke menarik jugak. ada la warna warni sikit.
SIL aku ni gila orkid, mmg lama la dia membelek orkid2 tu, aku bawa budak2 kat kolam ikan, lepak situ je la.
kat belakang tu la pokok2 orkid, budak kecik ni suka betul makan gula2 sekarang, dia makan pikin tu mcm biasa je. abg dia makan sikit je dah buat muka sebab masam
ini budak suka kutip kutip batu
main kat tepi kolam ikan je. ikan banyak, tapi air ni busuk la..
dah habis pusing 1 taman, kitorg pon berpisah kat sini, family mertua nak balik rumah dah, kitorg pulak terus pegi cari barang-barang rumah, rumah yang kitorg beli dah nak siap, tapi belum dapat kunci lagi la, katanya awal bulan 1, so tggu je la.
ada kawan cakap kedai lampu anova kt malin murah, so kitorg pon ke sana la, igt nak usha dulu, sampai sana husband tanya, nak beli kipas, dia suggest kipad brand Deka, so ok la usha2 la kipas2 tu sambil salesman tu beria la terangkan macam2. harga kipas biasa 5 bilah RM190 if yang bole reverse RM 290. tnya kipas bodo je rm90 kot.
aku sebenarnya menyampah dgn salesman ni, tgh kitorg dok bincang2 pon dia sibuk dok terangkan lagi. pastu beria suruh beli cepat kononnya stok xbanyak, sekarang tengah promosi. so dah pilih2 kipas, tgk lampu pulak.
Lampu LED dia 12W paling murah harga around RM50, gile apa, lampu downlight bukan kne pasang 1 2 je, 1 hall je mau 4 bijik. so tak jadi beli lampu dulu, beli kipas je.
time nak bayar tu kitorg xbawa cash, so nak bayar pakai kad, mesin dia problem pulak, kitorg pon ckp takpe la, kitorg pegi keluar duit dulu, nnti datang bayar balik.
masuk je dalam kete husband tnya, nak g keluar duit ke usha kedai lain dlu?
aku cakap usha kedai lain dulu la, maybe ini petunjuk kat kita yg kita tak patut beli kedai ni.
so, kitorg bergerak ke kedai Top Lighting kat Semabuk
on the way ni dak nak giveup dah sebenarnya, sebab Adib mengamuk2 nak tidur.
tak pe, teruskan jugak since dah kat luar kan.
sampai kedai tu, aku yg masuk tnya harga, mmg nak compare dulu la.
ak tnya cina tu “saya nak tgk2 kipas” terus dia tunjuk kipas yg sama, brand Deka jugak. harga yg biasa RM168, yang bole reverse RM270 kot. xigt sangat, tp lg murah daripada kedai tadi!!! murah banyak okeee!!!
Terus pergi panggil husband, bawa budak2 masuk kedai, letak kat sofa. nasib adib tidur, senang nak cari cari barang, kedai pon selesa beraircond. kedai 1 st tadi memang tak selesa, sofa takde. kena dukung je adib sentiasa.
confirm beli kipas, usha pulak lampu LED, nak ambik, harga RM30 je lebih kurang je lampu macam kedai 1st tadi, paling murah ada yg RM15 je.
So, pilih la smua barang yg nak beli, kitorg beli yang basic je dlu kat kedai ni.
on the way balik tu, dlm kete kitorg ckp betul la mesin swipe dia rosak tu petunjuk yang kedai dia tu mahal. padan muka kedai anova tu, tggu je la korg kat kedai tu.
dah blk tu rehat2 kejap, sebab petang tu aku paksa nak pegi shoping mall baru bukak tu, even kedai xbanyak bukak lagi, still kne pegi jugak. sbb nnti dengar2 org ckp mana bole, kena pegi tgk sdiri la.
petang tu dalam pukul 3 keluar blk pegi The Shore, Wah!!! menarik la shoping mall ni, tak mcm dok melaka rasanya.. hahah jakun sikit sbb melaka takde shoping mall yg high end camni lg. tapi takla besar sangat, kedai pon tak banyak bukak lagi.
yang ada pon Tang, Pandora, Al-ikhsan, husband sempat sambar sepasang kasut kat sini. dia kononnya nak masuk marathon weekend ni, nampaknya next entry bersiran dari rumah je la. aku mmg tak kan bawa budak tu kluar kalo aku sorang2.
oh!! kat the shore ini ada kedai burger nama Ninja Joe, ni kedai burger B**i tau.. yang tak boleh blahnye, kat dinding kedai tu ada tulisan OINK2 besar2. tgk tulisan tu je dah geli kot..
then ke JJ je la, sebab takde apa pon bole di beli di situ sbb kedai tak banyak bukak lg.
so itu je la aktiviti last Weekend, next2 weekend ni maybe bnyk aktiviti terjah kedai kedai barang rumah je la kot.
ada few lg barang rumah yang penting tak beli lagi