Taman Dinosaur dan River Cruise Muar

Taman Dinosaur dan River Cruise Muar

Mencari idea nak bawak anak-anak waktu cuti sekolah ini? kalau anda nak carik yang dekat dan jimat, bole la cuba baca post saya ini. mungkin bole bagi idea untuk road trip. maklum la, cuti sekolah bulan 3 pendek, banyak orang wat kenduri kawin la, jalan jauh-jauh jem pulak.

Muar Bandar di Raja

Trip ke muar

Muar day trip tip

 

Sarapan Satay Warisan (8:00am)

Orang putih cakap “Breakfast like a king” . ini tempat memang king, mana nak dapat tempat lain selain kat Muar, pepagi kedai serapan jual sate. hehe. menu sarapan lain pon ada, tapi yang rare nye ada Sate. kedai Satay Warisan ni memang pilihan saya dari dulu. pertama sebab sate dia kene dengan selera. style orang niaga sate sini, dapat jek meja, terus duduk (biasa penuh, kene ada cepat2 book meja). lepas order makan, sate akan datang otomatik, tak yang order brape cucuk. diorang main hantar jek, kang kalau abes, dia topup lagi…haha.. tu yang bahaya. sedap makan sampai terlupa kira brapa cucuk da makan. nanti nak bayar dia akan kira batang lidi kosong. so kalau bawak anak-anak, jaga -jaga ya.. haha

Satay Warisan

Sate waktu sarapan. terbaik!!!

Don Hu Jurassic Park (10:00 am)

Untuk yang ada anak-anak kecik. tempat ni memang menarik untuk mereka. taman di bina sendirian berhad. bermaksud modal dari owner sahaja. masuk adalah percuma. tapi anda pasti akan kluar duit jugak untuk mainan dinosaur yang anak-anak anda mintak. hehe. tidak lupa juga T shirt dinosaur yang di jual dia sana. namun harga agak munasabah, tak la mahal sangat. bole la wat kenangan.

tempat ni tak la besar, anda mungkin akan lepak sini dalam sejam dua. jadik ambik la peluang bersama keluarga di sini. kat bawah ni sedikit gambar-gambar kat sini.

dinosaur tu bergerak tau

Medan Selera Tanjung Emas (12:00pm)

bergantung pada brapa lama anda kat taman dinosaur tu, jika nak makan tengah hari, saya cadangakan tempat ni. terletak di Medan selera tanjung emas, kedai paling kanan sekali kalau anda lihat medan selera ini dari depan. kedai no brapa tak ingat pulak, tapi yang paling kanan. menu yang saya paling suka adalah ikan kembung masak asam pedas. jika anda biasa dengan asam pedas melaka, asam pedas muar ternyata bebeza jauh dari melaka. saya lebih suka yang Muar.

terdapat juga menu makanan lain, tapi asam pedas menu wajib saya. saya juga suka makan ABC di sini. bole cuba la ya. harga pulak tidak la mahal, saya tak ingat harga nya senang cita normal la, bukan tourist trap punya kedai.

medan selera Tanjung emas

Tanjung Emas Muar (2:00pm)

terletak bersebelahan dengan Medan selera, tempat ini merupakan dataran dan terdapat banyak aktiviti untuk kanak, kebiasaan nye kanak-kanak akan gemar bermain belon, kereta mainan, bola dan roller blade. jadi ibu bapa kebiasaan nye lepak i bawah pokok atau di tebing sungai muar. selfie la tu.

macam anak-anak saya suka naik kereta mainan tu, saya sewa yang besar, bole naik dua orang. puas jugak la diorang ronda-ronda kat sekitar dataran tu. pada bapa yang nak memancing kejap, bole la cube ngunjun siakap. gunakan umpan idup.

Jeti Tanjung Emas (4:00PM)

lepas abes masa sewa kereta mainan tu, saya terus gerak ke jeti Tanjung emas. di sini ada River Cruise sungai Muar. kalau sapa-sapa biasa naik yang kat melaka, yang ni lain sikit ya. pengalaman nye pon tak sama. saiz bot lebih besar dan sungai muar amat jauh lebih besar dari melaka. perjalan dengan bot ni ambik masa lebih kurang 30 minit. kalau orang ramai, tak perlu menunggu, tapi trip nye akan lebih singkat. kalau tak ramai orang, bot akan menyusuri sampai ke jambatan ke-dua muar.

harga tiket dewasa rm12. kanak-kanak

 

Jeti Tanjung Emas

Jeti Tanjung Emas

atas bot

Panorama Muar River cruise

Medan Ikan Bakar Sabak Awor (6:00PM)

sebagai penutup pengembaraan anda di Muar, bole la di sudahi dengan hidangan ikan bakar yang Fresh kat medan ikan bakar sabak awor. tempat ni memang sesuai untuk makan ramai-ramai. harga pon munasabah, jauh lebih murah dari tempat makan ikan bakar di sekitar melaka. hehe. jadi jangan risau untuk order.

cuma satu jek, tempat ni banyak nyamuk. selain dari tu, ok jek tempat nih. surau pon luas. parking pon banyak. kat sini ada jeti nelayan jugak, bole la kalau nk berselfie kat bot nelayan. tapi hati-hati ya.  ada banyak kedai kat sini. rata-rata semua ok. jadi saya nk rekomen kedai no 8 9 10. tapi kalau kedai tu penuh sangat. kedai lain pon bole juga. ada menara look out kat sini, tapi hati-hati la ya. saya tak pernah naik, sibuk jaga anak-anak.

 

Medan Ikan Bakar Sabak Awor.

pemandangan dari menara lookout.

dengan berakhirnya makan malam, tamat la pengembaraan ini.

sebagai tips terakhir, kalau anda rasa tak nak balik lagi, bole la ke dataran tanjung emas semula, kat sana waktu malam pon cantik.

disclaimer: ada gamba-gamba dia atas di ambil dari Google image dan bukan hak milik saya. anda boleh click gambar untuk ke blog mereka.

untuk yang nak ber malam di melaka, saya cadangan hotel-hotel dan homestay di bawah nih


untuk yang lebih berminat dengan homestay,

bole click link ini ==> homestay muar