Family trip tak semestinya jauh – Melaka – part 2
Family trip tak semestinya jauh
Ya, kadang-kadang kita ni nak bercuti mesti nak tempat jauh-jauh, kadang-kadang tempat yang dekat pon da menarik kalau betol susun aktivitinya. Tapi yang paling peting trip dekat nih, tak penat drive or take flight.
Melaka 3day 2 night trip.
Ok, kami duduk kat Melaka jugak, bandar Melaka tu 20 minit sampai la kot (tu pon sebab trapik light). Namun Melaka menjadi tempat pilihan untuk trip kali ini. Sebab kami slalu travel jauh-jauh, saja nak test tempat dekat ni camne pegi dia.
Day2: tempat menarik di Melaka
Ada banyak tempat menarik kat Melaka. Ada yang da pernah pergi, ada yang belom. Jadi kali ni ambik peluang untuk cuba mana yang belom. Dan cuba lagi mana yang dulu naik anak sorang. Kali ni 5 beranak.
Sebagai contoh, menara taming sari.
Menara ni kami da naik banyak kali, tapi kali ni kami naik 5 beranak. Ini kali pertama. Waktu kami pergi kat sini waktu dekat lunch hour. Dalam pukul 11pg. Waktu ni orang tak ramai, tak yah beratur pon. Kalau anda nak cepat. Bawak la stroller. Hehe.

hehe. kali ni dapat enter frame

teropong di sediakan percuma.
Admission Fee
Adult RM 20.00
Child RM 10.00 (Below 12 years Old)
Mykad holder (For Mykad holder kindly present you card for discount)
Student Rate
Non Mykad Holder RM 17.00
My Kad Holder RM10.00
Kami 5 beranak. Untuk yang pakai maxis. Ada diskaun 50%, download app Maxis. Kat reward ada bg diskaun.
Ni ada sedikit sebanyak gambar kat menara taming sari.
Lepas menara taming sari, kami terus pergi makan , lepas tu balik ke The shore, nak masuk Oceanarium pulak.
Oceanarium
Harga tiket tempat ni agak mahal, tapi untuk pengalaman sekali seumur hidup. Not bad la untuk masuk sini. Lebih-lebih lagi kalau anak sudah pandai cakap. Asik tanya je tu apa. Tu apa. Haha
Admission fee
Adult RM28
Child RM18
Senior RM18
Kat dalam tempat ni ada macam-macam binatang dalam akuarium dan ada juga yang bole di pegang. Nanti masa nak masuk, dia akan bagi satu borang, kalau jawab semua, tak kira la betul atau tak. Akan dapat hadiah misteri (hadiah nye murah jek, tak yah bagitau la nanti rosak mood hadiah misteri tu, haha).

ada akuarium besar. ada dua ekor kertang kat situ. dan seorang manusia tengah bagi makan. haha
Tapi satu nasihat saya, tak yah terkejar-kejar nak kumpul cop tu. Enjoy your moment, jalan slow. Memang tujuan dia bagi borang tu supaya orang jalan cepat-cepat sebab nak kumpul cop.
Antara gamba-gamba menarik kat dalam oceanarium.

ada kolam penyu. tak yah g jauh-jauh ke pantai timur.
Selepas jalan-jalan kat area the shore ni. Kami pegi makan kat food court. Biasa-biasa jek makanannye. Bole la nak makan. Lepas makan budak-budak pon tertido. Ingat nak mandi kolam. Tp terpaksa balik bilik kasi diorang rehat. Penat kot berjalan.
Esok hari ke -3 kami pergi satu lagi tempat menarik kat melaka. Dan kali pertama kami pergi.
Wildlife Theater. Tunggu ya post kami.